Hi Bloggers!!~.. Thanks for visiting my blog.. I hope you have a great day!!~.. xoxo, Effa CuRio

♥ Adorable Followers ♥

Monday, December 17, 2012

Simsimi Jahat!!~

Assalamualaikum & Hye!!~

Bila aku boring and tade kerja, so main la Simsimi untuk hilangkan bosan kan? Korang tahu tak Simsimi tu menyakitkan hati.. Ada ke patut dia cakap macam ni bila aku tanya..


"Kenal Effa CuRio?"


Okay Simsimi!!
Sejak bila aku popular entah?
Nak kena lempang tak?
Hmmmmmmm

xoxo,
:: Effa CuRio ::

Thursday, December 13, 2012

Cuti² Malaysia~

Assalamualaikum & Hye!!~

Hari tu aku ada post entry "I need a vacation" kan? So ni la sambungannya.. Tengok tajuk pun mesti korang dah agak yang aku pergi bercuti kan?

Sebenarnya.. Aku tak bercuti pun.. Stay kat rumah je..
Best kan percutian aku kali ni?
Hahahahaha
Joke..

Aku bawa diri jauh dari semua masalah yang melanda.. Sebab semua orang nak cari pasal dengan aku kan.. even my bestfriend too.. So, I decided to leave them alone and disappear from their life for a few days.
Actually, aku dah seminggu tak tweet.. Tadi baru start tweeting balik.. and sangat rindu twitter =)
dah hampir dua minggu tak activate BIS.
ok.. melalut dah.. hahahaha


Nak tahu aku pergi bercuti di mana?

*drumroll*
 v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

I'm here!!~
woot woot..
Best Legoland ni.. Tapi kurang best sebab my eldest sister and her family tak join..
Kesian Princess barbie @ Aerishadania tak dpt ikut.. 
Babah and mama dia tak kasi ikut.. KEJAM!!

So, mari la mencuci mata dengan melihat gambar yang sempat snap di sana :)

cantik kan?





 KL Monorail & Bangunan Sultan Abdul Samad

 Roller Coaster

 Mama :)

Mama keletihan and Angah yang syok main :)

Picture yang selebihnya kat instagram..
Tak larat dah nak upload.. hahaha

So malam tu kita tido hotel and keesokan kitorang pergi mana???
Woot woot



SHOPPING TIME!!~
Johor Premium Outlet (JPO)

Ok la.. sampai sini je percutian kali ni..

xoxo,
:: Effa CuRio ::

Sunday, December 9, 2012

Erti Kehidupan!!~

Assalamualaikum & Hye!!~

Last week, aku ada baca satu buku ni. Aku memang suka membaca. Buku ni banyak mengajar aku tentang erti kehidupan.. mengajar aku untuk muhasabah diri dan jadi lebih baik.. penulis buku ni pun agak popular la.. Hiks..

Aku dah beli buku ni lama dah tapi baru je aku baca.. 

Aku seorang pemerintah yang memerintah
minda,
jiwa,
iman,
roh,
aku.

Aku seorang pemerintah yang?
yang gagal.

Gagal memerintah semua ini dengan baik.

Aku mahu pemberontakan..

(Gagalnya Pemerintahan)



Woi, diamlah kau jiwa,
jangan pernah putus asa,
ini semua takda apa-apa,
aku tahu ini kali kedua
tapi buat kita lebih dewasa,
pedulikan dia yang tergila-gila,
dia pun tak tahu dirinya siapa,
untuk apa kita tunggu dia,
dia bukan lagi kita punya!

(Woi, Diam Sajalah Ya?)

So, yang kat atas tu adalah sebahagian puisi yang ada dalam buku tu.. Buku ni memang sangat best.. Korang patut baca.. Banyak mengajar erti kehidupan..


nak tahu buku apa??

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

TADAAAA!!


Jangan terkejut dengan tajuk buku tu ye? Ada maksud kot.. Nak tahu apa maksudnya kena la baca sendiri buku ni.. Hee :)

xoxo,
:: Effa CuRio ::

Friday, December 7, 2012

Really need a vacation!!~

Assalamualaikum & Hye!!~

Sejak dua menjak banyak sangat masalah yang dihadapi.. Actually aku yang banyak sangat berfikir.. Apa saja la yang aku fikir ni kan.. Di luaran je orang akan nampak aku ni happy.. Senyum je kan.. Tapi itu fake smile.. Aku tak nak sesiapa tahu yang aku sedih.. So, dengan fake smile ni je la cara untuk aku tutup kesedihan aku ni..
Aku dah penat dengan semua orang.. aku buat baik pun tetap disalahkan juga. lebih baik buat jahat je kan senang.. huhuhu. Aku ada cakap dengan bffs nak plan vacation.. Ajak diorang sekali.. Tapi aku faham keadaan bff aku Si Lyn.. Dia kena save duit dulu baru boleh nak pergi bercuti.. Tapi aku dah tak tahan dah duduk je kat sini.. Rasa nak pergi jauh² je.. tapi takkan la nak pergi Planet Pluto lagi? Sangat suka berangan aku ni kan?

Hari tu ada plan dengan dua bff aku si Lyn and Umi nak pergi bercuti ke Legoland + USS sekali.. Diorang on je tapi tak boleh pergi bercuti dalam waktu terdekat ni.. sebab nak kena kumpul duit dulu.. Then, aku ada plan juga bercuti dengan kawan aku seorang ni.. Nama dia Ayu.. Ayu pun tengah bersedih.. Ajak Ayu pergi Pulau Sibu.. Mulanya dia ok je.. Tapi dia cakap kalau aku dengan dia je yang pergi bercuti, baik pergi Melaka je.. Dekat sikit.. Dia siap bagi nama hotel untuk stay lagi.. Tapi..

Bila aku tanya Ayu balik, dia pun tak dpt pergi bercuti dalam waktu terdekat ni.. Dia nak kena balik hometown dia nak settle sesuatu katanya.. Hmmm.. Aku ada bagitahu Lyn yang aku nak berehat.. Nak pergi jauh dari semua orang. Aku perlukan cuti.. Ajak my sis pergi bercuti next week.. Dia cakap belum dapat gaji lagi.. Dia tanya nak pergi mana. Bila aku jawab nak pergi Penang.. Dia tak nak.. Dia nak pergi JPO katanya.. So, pergi Johor la ni? Tapi tak pasti jadi lagi ke tak nak pergi bercuti ke Johor tu.. nampak gayanya macam tak jadi.. tapi aku still nak bercuti juga..


Adakah patut aku pergi bercuti seorang diri.. macam menarik je kan.. kalau pergi bercuti seorang tu, aku nak pergi Penang juga.. Nak naik train ke sana.. then naik ferry.. then boleh jalan² kat Penang.. lagipun aku rindu sangat kat Penang.. Aku pernah belajar kat Penang.. heee

So, apakah kesudahannya ni? Aku akan pergi bercuti ke tak next week? Will update later.. Maybe aku stay kat rumah je la kot.. Hahahahaha

xoxo,
:: Effa CuRio::

Thursday, December 6, 2012

Where are you, Nami?

Assalamualaikum & Hye!!~

Semalam taip entry pasal surprise yang aku dapat kan.. And semalam juga aku dapat surprise baru.. Sedih kot dapat berita yang baru diketahui.. Nak tahu apa kes or kisahnya?? Jom!!~

Aku ada seorang rakan blogger ni.. Nama dia Alysha Syahirah.. Tapi aku panggil dia Nami je. Dia ni baik sangat. Aku suka baca blog dia. hehehe.. Kitorang berdua ni selalu berhubung dekat blog je

So, semalam masa nak post entry kat blog tu, aku klik link blog Nami sebab tgk ada entry baru and rindu dekat dia and cerita tentang diri dia.. Bila aku klik tu.. keluar benda ni..

Blog has been removed? Terkejut la aku.. Terdiam seketika.. Aku sedih kot masa tu.. tak tahu la macam mana nak gambarkan perasaan aku masa tu.. Macam mana nak contact Nami lagi? Hampa sangat.. Aku rindu Nami.. Nami, awak pergi mana? Kenapa delete blog? Kita kan kawan. Kenapa tak bagitahu sebelum nak delete blog? Kenapa Nami? Kenapa?

Nami tiada twitter account.. Dia ada facebook je tapi aku jarang on facebook and tak add pun dia.. Sememangnya aku akan contact dengan dia kat blogspot ni je la.. So, macam mana nak buat sekarang ni? Dia delete blog tanpa bagitahu. Dia tinggalkan aku macam tu je? Alahai Nami.. Tahu tak betapa sedihnya hati Effa sekarang ni?

Lama juga la aku fikir macam mana nak cari Nami balik.. Then, tiba-tiba aku gatal tangan terbaca comment Nami kat entry aku.. Aku klik nama dia.. So, terkeluar la benda alah ni pula..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

TADAAAAA!!

WOW!! Blog Nami still ada rupanya.. Dia just tukar nama link blog dia je.. Yeayy.. Aku happy balik.. Thank you Nami.. Kalau tak, mmg Effa buntu nak cari Nami balik kat mana.. lepas ni Effa nak kena minta num phone Nami la senang :)


By the way, I really miss you, Alysha Syahirah @ Nami

P/S : Semalam ada tweet pasal Nami ni.. then ada kawan tanya siapa Nami tu? Aku jawab kawan khayalan.. hahahaha.. then baru bagitahu dia yang Nami ni rakan blogger :))

xoxo,
:: Effa CuRio ::

Wednesday, December 5, 2012

SURPRISE FOR ME!!~

Assalamualaikum & Hye!!~

Last week ada la seorang kawan ni bertanya kepadaku..

Dia : You, hari Isnin ni cuti ke?
Aku : Cuti apa hari Isnin? Mana ada cuti apa-apa kan?
Dia : Mmg la tade, saja je tanya..


Musykil juga la masa tu kan.. Aku siap check ada cuti apa. Ternyata mmg tiada cuti apa pun hari Isnin bersamaan 3 Disember melainkan cuti sekolah.. So, aku abaikan je la.. hahahaha

Then, hari Jumaat tu aku cakap kat dia yang aku nak apply cuti hari Isnin.. Sebab kalau hari Isnin je mesti malas nak bangun pergi kerja.. Semuanya gara² hari Ahad keluar sampai penat kan.. hehehehe.. Alasan tak munasabah betul.. Tapi bila bagitahu dia macam tu, dia bermati-matian tak bagi aku cuti kot.. Kata beliau "You nak cuti, cuti la hari Selasa.. Jangan hari Isnin" ... Ok, aku musykil lagi la dengan perangai dia ni kan.. So, aku cakap la kenapa tak boleh cuti hari Isnin tu.. nak buat surprise ke apa ni? Dia cakap tade apa².. Dia cuma cakap kalau aku cuti hari Isnin tu, aku akan menyesal.. Dia suruh aku tunggu je hari Isnin tu.. Hmmm.. Pelik kan? 

So, hari Isnin tu pun tiba.. 3 Disember 2012.. Sampai je office.. Ada orang call.. Aku tak sempat letak beg semua, terus pick up phone.. Orang tu dari mana entah.. tak dapat nak dengar sebab aku baru sampai and blur la kejap pagi² kan.. Orang tu just cakap dia nak buat penghantaran kat aku je.. Aku pun ok je la.. Malas nak tanya banyak²..

Around 10 am, ada orang hantar barang kat aku.. and aku terkejut sangat la.. terus officemate semua tanya hari tu birthday aku ke? termasuk bos pun tanya soalan yang sama.. hahahaha.. Birthday aku bulan depan la.. Hmmmm..

So, ni la yang aku dapat.. Thank you so much my dear friend :)


So dalam kad tu, tertera begini :-

To : Effa CuRio
Happy Year End Nenek.  Hahahaha.. 
Let's hope for a great new year and enjoy our December
From : ????

Dia ni mmg suka panggil aku nenek kan.. Jahat betul.. But thank you so much my dear friend/sifu/doctor/cikgu.. heeeee.. Dia ni banyak tahu pasal aku and dia buat surprise ni pun nak buat aku happy je.. Terharu kot


Habis dah kisahnya.. But sekarang ni dia tengah marah kat aku.. Hmmm..
Aku tahu la aku salah sebab tak jawab soalan dia tu tapi aku tak tahu nak jawab apa untuk soalan dia tu.. Now, I'm really sad.. If you read this entry.. I'm so sorry.. Harap sudi maafkan.. Jangan la marah lama² sebab nanti tade kawan dah nak gaduh or buat aku happy :(
Dia ada cakap yang dia tak marah tapi cara respond tu macam marah je..


xoxo,
:: Effa CuRio ::

Monday, November 12, 2012

New Born Niece !!~

Assalamualaikum wbt & Hye!!~

Tanggal 9 Nov 2012, saya dapat anak buah baru..
Geram sangat tengok baby.. Comel je..
but dia kecik sangat.. takut nak pegang.. hehehe..
Tapi semalam sempat juga dukung dia even takut nak pegang lama².. =)

Anyway, welcome to the family, baby girl..

Aericadania


Day 2 - Hospital Putrajaya


Hope abang dia yang warded boleh keluar ward secepat mungkin.. InsyaAllah

Till then..

xoxo,
:: Effa CuRio ::

Thursday, October 4, 2012

KELIRU

Assalamualaikum wbt & Hye~

Untuk kesekian kalinya, kini aku tiada kawan lagi. Semua kawan yang ada semakin menjauh.. Aku kesepian. Keseorangan. Kenapa semuanya pasti akan berakhir begini? Kenapa? Kenapa? dan kenapa? Setiap kali aku punya kawan baru dan menjadi rapat, pastinya akan berakhir dengan perpisahan. Mereka cuba mengelak dari aku.. Aku tidak mengerti. Tidak pasti. Adakah aku yang bersalah? Atau aku tidak layak berkawan dengan mereka?

YA! Itulah jawapannya. Aku tidak layak berkawan dengan sesiapa pun. Aku bukan kawan yang baik. Aku seorang kawan yang jahat. tapi sedarkah mereka yang aku telah cuba jadi seorang kawan yang baik? Masih tidak cukup baikkah aku pada pandangan mereka? Dan perlukah aku saja yang mengalah? Aku saja yang perlu menjaga perasaan mereka? Tidak fikirkah mereka tentang perasaan aku? Arghh!! mana mungkin mereka mengerti..

Aku juga inginkan kawan yang baik. Aku tahu tidak patut untuk mengharapkan balasan jika berbuat baik pada seseorang tapi...... Aku cuma perlu seorang kawan yang baik di kala aku susah dan senang. Dan baru kini aku sedar dari mimpi, yang kita tak mungkin ada kawan seperti itu. Mungkin ada tapi susah nak dapat kawan seperti itu..

Kata-kata ini sering bermain di mindaku "Effa, kau harus kuat. Di dunia ni memang tiada kawan yang akan selamanya ada bersama kita. Mungkin suatu hari nanti mereka akan pergi dan tidak akan kembali." Ya, aku tahu semua itu. Aku tidak pertikaikan hal itu. Aku cuma pertikaikan kawan yang masih ada di sekeliling aku. Mengapa mereka sanggup buat aku macam ni? Bukan senang kita nak percayakan seseorang dan bukan senang kita nak berkawan dengan orang dan menjadi rapat. Betul kan?

Kepada kawan-kawanku, sehingga kini aku masih tidak mengerti kenapa persahabatan dan perhubungan kita akan berakhir seperti ini. Aku hanya mampu doakan kalian sentiasa bahagia tanpa aku dalam hidup kalian. Aku faham yang aku tidak layak punya kawan. Aku faham aku tidak mampu untuk menjadi kawan yang baik.



Aku harus memotivasikan diri sendiri. Mulai hari ini, aku akan pastikan aku tidak akan begitu rapat dengan seseorang.. Ianya menyakitkan apabila kawan yang kita rapat pergi meninggalkan kita. Pergi begitu saja tanpa khabar berita. Aku tidak kisah jika mereka mahu membawa diri tetapi sekurang-kurangnya beritahu jika aku ada buat salah. Janganlah terus senyapkan diri. Dan disebabkan itu, hari demi hari aku akan menyalahkan diri sendiri. Dan mulai hari ni juga aku harus terima kenyataan yang bukan semua orang akan suka dengan kita walaupun kita sudah buat baik dengan mereka.

Walau bagaimanapun, aku tetap gembira pernah ada kawan macam mereka kerana ianya mengajar aku untuk lebih berhati-hati memilih kawan selepas ini. Dan aku juga gembira ada family yang sentiasa ada di sisi aku. Tanpa mereka, sudah pasti aku tidak akan kuat seperti sekarang ini. Terima kasih keluarga tersayang. Aku sayang kamu semua :)

xoxo,
:: Effa CuRio ::

Impian Mampu - Abg Stalker

Assalamualaikum wbt & Hye~

Hari ni nak join contest abang kita yang kacak lagi bergaya, siapa lagi kalau bukan Abang Stalker.. hehehehe


IMPIAN SAYA ADALAH menjadi seorang penulis novel yang berjaya seperti Ahadiat Akashah. Ini kerana saya suka dengan hasil karya beliau dan mendorong untuk saya mencuba menyiapkan novel saya. Doakan kejayaan saya.

Nak join tak?? Setiap penyertaan bersamaan RM 1 akan didermakan ke rumah anak-anak yatim dan miskin. Jom support!! Klik banner di bawah


Blogger yang di -tag
1. iQa
2. Afifa
3. Nami

EXPIRED DATE : 30 NOVEMBER 2012

xoxo,
:: Effa CuRio ::

Friday, September 28, 2012

Bangkit!~

Assalamualaikum wbt & Hye~

Berseru aku pada bintang
Berikan cahaya untuk kamu
Berbisik aku pada bulan
Berikan sinar terangi jalanmu

Aku mahu kamu bangkit
Bangkit dari kecewa
Bangkit dari luka
Aku mahu kamu kuat

Aku mahu kamu bangkit
Bangkit dari air mata
Bangkit dari gundah

Lihatlah kamu..... burung
Aku mahu kamu riang bernyanyi
Berterbangan bebas seperti mereka
 Lihatlah kamu...... pasir di pantai
Aku mahu kamu kuat seperti mereka
Dipijak namun tidak lemah
Dipijak namun tidak mengalah
Aku mahu kamu bangkit...


xoxo,
:: Effa CuRio ::

Thursday, September 27, 2012

Jatuh!~

Assalamualaikum wbt & Hye!~

Matahari menyinari hari
Ku bangkit waktu pagi
Setiap hari pun begini
Menanti hari demi hari

Ku berfikir..
Mungkinkah kau akan hadir
Atau cuma hadir dalam mimpi
Mungkinkah kau hanya fantasi
Tidak mungkin berjumpa di alam realiti

Saban hari demi hari
Waktu berlalu..
Wajahmu kian samar.. samar di dalam kegelapan

Lalu, ku cuba bangkit demi masa depanku
Cuba menjadi kuat seperti dulu
Ku harungi hari-hariku
Untuk mencuba menggapai bintang
Ku lompat tinggi dan tinggi
Lalu ku terduduk..  
Terjatuh....

Aku tidak kuat lagi
Ku bawa diri yang sepi ini
Pergi.. Pergi menjauh darimu..



xoxo,
:: Effa CuRio ::

Happy Birthday Sisters!!~

Assalamualaikum wbt & Hye!!~

Hari ni entry khas buat dua orang kakak yang cantik..
Sangat suka dengan kecantikan mereka..
Admire them much..

So, I just wanna wish Happy Birthday 
to
Avril Lavigne 
and
Fazura

Wishing both of you happiness and success not for today but always..


Love both!!


xoxo,
:: Effa CuRio ::

Wednesday, September 26, 2012

We are Never Ever Getting Back Together

Assalamualaikum wbt & Hye!!~

Nothing much.. just suka dengar lagu ni je..
Lagu ni best sangat.. Jom layan..


Taylor Swift - We are never ever getting back together

I remember when we broke up
The first time saying “This is it, I’ve had enough!”
Cause like we hadn’t seen each other in a month
When you said you needed space (what?)
Then you come around again and say
“Baby, I miss you, and I swear I’m gonna change”

Trust me, remember how that lasted for a day?
I say “I hate you”, we break up, you call me “I love you”

Ooooh-ooh ooh ooh ooh
We called it off again last night but
Ooooh-ooh ooh ooh ooh
This time I’m telling you, I’m telling you

We are never ever, ever getting back together
We are never ever, ever getting back together
You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me
But we are never ever, ever, ever getting back together
(Like. Ever.)

I’m really gonna miss you picking fights
And me falling for it screaming that I’m right
And you would hide away and find your peace of mind
With some indie record that’s much cooler than mine

Ooooh-ooh ooh ooh ooh
You called me up again tonight but
Ooooh-ooh ooh ooh ooh
This time I’m telling you, I’m telling you

We are never ever, ever getting back together
We are never ever, ever getting back together
You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me (talk to me)
But we are never ever, ever, ever getting back together

Ooooh-ooh ooh ooh ooh (yeah)
Ooooh-ooh ooh ooh ooh (yeah)
Ooooh-ooh ooh ooh ooh (yeah)
Oh ohhh

I used to think that we were forever, ever
And I used to say “Never say never”

[spoken]
So he calls me up and he’s like
“I still love you” and I’m like, I’m just
This is exhausting, you know like
We’re never getting back together
Like ever.

No, we are never ever, ever getting back together
We are never ever, ever getting back together
You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me
But we are never ever, ever, ever getting back together, we

(Ooooh-ooh ooh ooh ooh
Ooooh-ooh ooh ooh ooh)
Getting back together, we
(Ooooh-ooh ooh ooh ooh)
Ohh, getting back together, yeah

You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me (talk to me)
But we are never ever, ever, ever getting back together

xoxo,
:: Effa CuRio ::

Thursday, August 9, 2012

We Miss You!!~

Assalamualaikum wbt & Hye!!~

Minggu lepas, hari Sabtu dan Ahad misi ziarah kubur.. huhuhu. Almaklum la kan raya tak balik kampung. Awal pagi Sabtu tu dah balik Taiping. Taiping ni kampung mama. Sampai sana dalam pukul 2 lebih. Sampai je sana, aku dan family terus je ke Tanah Perkuburan Assam Kumbang. Menziarah kubur arwah opah; mak mama.. Aku, mama dan kakak-kakak bersihkan pusara opah. Bagi cantik sikit.. Lepas tu, kitorang ke Tanah Perkuburan Kampung Jambu sampai sesat larat la sebab kawasan situ dah lain. huhuhu..

Sampai je Tanah Perkuburan Kampung Jambu tu aku rasa seram je. Sebab kawasan situ macam tak terjaga. semak sangat. sampaikan lama la aku, mama dan kakak cari pusara atuk; ayah mama tu.. Dengan keadaan pusara di situ yang tak teratur lagi.. Akhirnya jumpa juga. Siap kakak aku nampak kulit ular lagi. huhuhu.. memang semak la. kitorang bersihkan sikit pusara atuk tu.. Kemudian kitorang ke rumah makcik abang ipar untuk menumpang tidur dan berbuka..

Layanan yang diberi oleh makcik abang ipar ni memang terbaik la..  Siap masakkan banyak lauk untuk berbuka. sedap pula tu. huhuhu. Ada ikan siakap and ketam. Yummy.. Waktu sahur pula dia masak sambal udang. Teringat la sampai sekarang. hehehe.. Okay, out of topic dah ni..

Pagi Ahad, kitorang bertolak dari Taiping ke Ipoh, my hometown dalam pukul 9 pagi.. Sampai Ipoh 10 lebih. sampai Ipoh je, kitorang menuju ke Tanah Perkuburan Gurap. Ziarah pusara Abah.. Kitorang bersihkan pusara Abah.. Kitorang baca Surah Yassin and sedekahkan Al-Fatihah buat abah.. untuk opah and atuk pun kitorang baca juga :) 

Ni la yang sebelum dan selepas dibersihkan pusara Abah =)

Abah, we all miss you. Hope abah baik baik saja di sana.. Semoga Abah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.. Adik selalu doakan abah.. Abah tahukan even kita berdua tiada kenangan yang terindah, mulut kata benci Abah but hati kata sayang Abah.. 

Al-Fatihah
Mustafa Bakri Bin Mohammad Salleh
Lahir : 22 September 1952
Kembali ke rahmatullah pada 28 Ramadhan 1429
bersamaan
28 September 2008

Abah pergi 2 hari sebelum Raya and setiap kali nak raya, mesti rasa sedih je :(

xoxo,
:: Effa CuRio ::

Friday, July 20, 2012

Happy Birthday Rizky!~

Assalamualaikum wbt & Hye!!~

Just a simple entry for today.
I wanna wish Happy Birthday to my nephew,
Muhammad Harith Rizky!


Semoga panjang umur dan jadi anak yang soleh ye.
Rasanya baru je kamu lahir semalam, dah setahun dah budak kecik ni
Hehehe

Aunty Fafa love you, Rizky!


Rasanya dah lama tak post apa apa entry kat sini. Almaklum busy la konon. hehehe. Sedangkan tak ada idea nak post entry pasal apa pun. Saya busy dengan twitter and tumblr je. Kalau nak cari saya, sila la follow twitter saya. InsyaAllah, I will follow back.

Esok dah start puasa kan? Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Selamat Berpuasa semua!


Ramadhan suda tiba, jadi pastikan kita

Setting Niat
Upgrade Iman
Download Sabar
Delete Dosa
Approve Maaf
Search Pahala

xoxo,
:: Effa CuRio ::

Tuesday, May 22, 2012

Love Life!~

Assalamualaikum wbt & Hye!!~

The day and the night
The shadows in the stars
The light in the moon
Sparkling as they pass

The time is passing
And we are all fading
When the time goes by
We all die and live a new life

Think through the hours, minutes and seconds
Think through the present
Don't let it go fast
Don't carry it to your future

Clock was ticking and ticking
We now had no time left
We forgot about everything
And left the world with everything left

Don't forget to start the new life
Don't forget to forget the bad life
Only think of love and life
Only think of new sparkling stars as they pass

You will have God
You will have life
You will have love
But only forget your past
And start in a new time of life


This poem written by Zahra and i like this poem because it is one of inspirational poem for me to start a new  life :)

xoxo,
:: Effa CuRio ::

Friday, April 20, 2012

TwtUpIpoh !!~

Assalamualaikum wbt & Hye!!~

Apa itu TwtUpIpoh? 
TwtUpIpoh merupakan satu gathering event bagi pengguna twitter. Blogger pun ada gathering.. So, kali ni gathering untuk pengguna twitter pula di mana lokasinya di Ipoh. 

Apa yang best dekat TwtUpIpoh?
1. Ada performances by Bittersweet, Couple, The Fabulous Cat, Imran Ajmain, Tiga Swagger, Akta Angkasa and much more. Ada local bands such as band sweet P and Tona warna :)

2. Ada games competition.. Ada Dota tournament, PES, Wii Tennis, Angry Birds, Temple Run and all others games.

3.  Ada Sukaneka dan permainan tradisional.. Tarik tali, tuju selipar, congkak dan macam-macam lagi..

4. Ada talks and forums by VVIPs and twitfamous. 

5. Ada project mapping

6. Ada Speed dating. Kalau korang single tu boleh la join. mana tahu dapat jodoh kat sana nanti.. duration 90 seconds..

7. Ada DJ and busking 

8. Ada camera phone photography. Korang boleh belajar cara-cara snap picture yang cantik guna camera phone. Ada contest juga and the best picture during the event will win a great prize.

9. Ada grafitti. 

10. Ada extreme games. Ada skate competition and Joe Ipoh merupakan jurinya. Ada fixie riders, bmx bikers..

11. Ada job and education fair. Kalau tengah cari kerja, boleh la bawa resume sekali.

12. Ada booth yang jual makanan and other stuffs.

13. Ada T shirt putih without tweethandle yang akan dijual di sana. design memang cantik. :)

Best kan? nak tahu bila dan di mana??
tadaaaa....


Nak tahu direction ke Port Ipoh?? Ni map dia..

click the above picture for enlarge :)

Main sponsor for TwtUpIpoh :-
TV9

other sponsors :
1 Malaysia TV
KL Pop Radio
and banyak lagi..

If korang masih ragu-ragu nak pergi ke tak sebab tiada transport. Jangan la risau sebab shuttle bus akan disediakan di Ipoh railway station. So, grab your ETS ticket now before the ticket sold out. hehehe

Tak lupa juga, nanti di Port Ipoh tu ada free wifi. so, boleh la nak tweet semua.. and all your tweets with hashtag #TwtUpIpoh akan keluar di skrin besar.. So, semua orang boleh baca.. :)


Lagi ada apa ya?? hurm.. Kat sana ada surau, ada 9 toilet disediakan.. dan semestinya ada charging station. boleh la nak charge BB ke iPhone ke iPad ke atau smartphones korang. Yang penting ada org tolong jaga. Korang boleh enjoy :)

Korang nak pergi tapi tiada twitter account? Don't worry. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan event ni. Tak kira la anda berasal dari mana sekalipun. Tiada had umur. Rugi la kalau tak join event ni. Memang sure gempaq!

Ni ada video teaser..  jom tonton!!


So, menarik tak video tu? Terasa nak pergi tak? If nak, silalah RSVP here ---> http://twtvite.com/stzsum .. Saya dah. Anda bila lagi??

Credit to:-

 Saya sangat excited nak pergi. Anda bagaimana? See you guys there! 

xoxo,
:: Effa CuRio ::

Friday, March 9, 2012

Meet My New Boyfriend!.. :)

Assalamualaikum wbt & Hye!!~

Excited dengan title entry sampai tak tahu macam mana nak taip entry ni.. ahahaha.. Okay, apa yang nak diceritakan  pun entah la..

Let me introduce my new boyfriend yang sangat kacak, comel dan macam-macam lagi la.. but before that, nak cerita dulu macam mana boleh kenal kan.. :)
Kenal dia dua tahun yg lepas.. alamak, malu  nak cerita kan.. *gedik je* Ahahahaha.. Okay la.. ni la dia...

Tadaaaa
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Name : Ian Joseph Somerhalder
Birthdate : 08 December 1978
Birthplace : Covington, Louisiana, US

Korang kenal tak dia ni siapa?.. Pelakon cerita Vampire Diaries tu la.. hehehe.. Aku kan peminat setia TV series ni.. tambah pula Ian Somerhalder as Damon Salvatore berlakon.. hehehehe.. memang best la.. dia handsome.. kenal dia pun sebab cerita ni juga.. dia dah terlibat dalam modelling sejak umur dia 10 thn kot.. Lepas tu dia berlakon.. whoa! Dia comel sangat!

Dia la boyfriend baru aku.. but not in the reality.. cuma fantasy je.. wakakaka.. 
Okay la, till then..

P/s : credit to 'mollyandthemachine" for the above picture.. <3

xoxo,
:: Effa CuRio ::

Tuesday, March 6, 2012

Goodbye Sunshine!

Assalamualaikum wbt & Hye!!~


Korang tahu tak, Avril kan ada surprise utk fans dia..


Tweeted by Avril : “ Here it is ! My special video to thank you for an amazing Goodbye Lullaby year! Love you! xo “





Comel tahu Avril dalam ni.. and kalau nak tahu.. bila tengok video ni kan, ada part dia nangis, aku pun nangis sekali.. sedih kot.. lagu ni best!!~


Goodbye, goodbye, goodbye my love
I can't hide, can't hide, can't hide what has come
I have to go, I have to go, I have to go,
and leave you alone
but always know, always know, always know
I love you so, I love you so, I love you so oh


Goodbye brown eyes, goodbye for now
goodbye sunshine, take care of yourself,
I have to go, I have to go, I have to go,
and leave you alone
but always know, always know, always know
I love you so, I love you so oh, I love you so ohh


La lullaby distract me with your rhymes
La lullaby, la lullaby help me sleep tonight 
la lullaby (la lullaby) la lullaby
I have to go, I have to go, I have to go,
and leave you alone
but always know (goodbye), always know, always know
I love you so, I love you so, I love you so ohhh
I love you so, I love you so, I love you so


Goodbye brown eyes,
Goodbye my love


xoxo,
:: Effa CuRio ::

Saturday, March 3, 2012

Irfan Nafri

Assalamualaikum wbt & Hye!!~

You alls kenal ke Irfan Nafri??.. Tak kenal?.. I pun tak kenal.. hehehe.. Okay, Kalau korang nak tahu la kan.. Irfan ni artis.. eh? silap.. dia retis kot.. okay, tipu juga.. tapi  dia memang famous kat dunia twitter.. tak percaya?.. silalah percaya okay.. :p

Entah tade angin, tade ribut tetiba dia ni boleh follow twitter Effa CuRio yang tak seberapa ni.. Mula tu macam tak percaya la kan.. and penat juga la jadi stalker twitter dia.. hehehe.. Rupanya dia ni housemate, roommate and college mate Nazim Nasri yang juga retis.. oppppssss!

Okay, tak kisah la dia artis ke retis ke apa ke.. bukan itu yang aku nak highlight di sini.. Aku cuma nak cerita pasal budak ni.. budak??.. :)


Nama sebenar dia : Muhammad Irfan Shazwan Shaharizad
Umur : 19 tahun.. 
Asal : Johor Bahru
Profession : Student


Dia ni kan friendly.. best kot kawan dengan dia.. kita sengal macam mana sekali pun, dia layankan aje.. thank you Irfan.. Dia ni suka tengok bintang.. mungkin suatu hari nanti dia akan pergi ke bulan untuk melihat bintang-bintang yang bersinar.. Atau dia akan "biarlah mimpi sampai ke bintang?" Eh? merepek je aku ni.. Dia ni pandai cakap French.. tak percaya, try cakap French dengan dia.. confirm lepas tu dia merapu apa sampai kita pun tak faham.. ahahaha.. Dia ni bolehlah dikatakn bertuah atau famous kat twitter tu sebab bila dia tweet dengan artis Malaysia, diorang reply kot.. Aku jeles.. Yang paling penting kan....... Dia ni anak manja.. hehehe.. nak tahu apa sebab dia dikatakan sebegitu?.. hurm.... biarlah rahsia.. *lariii*.. takut korang baling kasut pula.. Kadang tu dia ni funny but paling tak boleh blah bila dia suka suruh dengar lagu Aishiteru.. itu lagu favorite my niece.. :))



So, kalau korang nak kenal dengan dia, jangan segan silu pergi follow dia kat..
Twitter l Blog

Ini la dia.. tadaaa.. kan dah kata dia famous.. :P
siap bergambar dengan artis lagi..


P/S: Sorry Irfan sebab curi gambar you.. :)
&
Thank you sebab sudi berkawan.. hehehe.. 


xoxo,
:: Effa CuRio ::

Friday, March 2, 2012

Thank You So Much!!

Assalamualaikum wbt & Hye!!~

Last Friday, ada seorang budak comel ni tiba-tiba minta URL Blog.. Masa tu macam blur sekejap. Dia nak buat apa pula ni kan?.. Maybe dia nak baca blog kot.. Tapi dah lama tak update.. hehehe.. So, tanpa berfikir panjang, terus je bagi url blog ni kat dia..

Tak sampai beberapa minit lepas tu, dia tweet bagi url blog dia pula.. dia suruh baca.. Dia cakap special for me.. Eh?.. Okay, tanpa berlengah aku pun buka la blog dia.. tapi buka kat BB je and masa tu tgh tunggu train.. so, tak puas and tak berapa nak nampak sebab kecik je kan.. dapat baca sikit je.. 

Korang nak tahu apa yang dia ceritakan kat blog dia tu??
Nah.. Sila baca ni..

Aku sangat la terharu okay.. tak pernah orang tulis pasal aku kat blog diorang.. Okay tipu.. Fatin pernah cerita pasal aku kat blog dia.. huhuhu.. sangat speechless!!.. 
Tapi aku tetap tersenyum setiap kali baca entry tu..
Senyum, tak perlu kata apa-apa.. :p

Last but not least..
Dear Fahan yang comel,

Thank you so much.. really appreciate it.. Thank you for being my friend too.. :)

xoxo,
:: Effa CuRio ::