Assalamualaikum wbt & Hye!!~
Sejak dua menjak ni.. aku keliru sungguh dengan diri aku sendiri.. Entah la.. Mungkin aku perlukan masa untuk berfikir tentang semua ini.. tapi aku perlukan masa berapa lama ya?.. aku sendiri pun tak pasti.. Yang aku tahu aku sudah membuat keputusan untuk resign.. but somehow, my MD yang sangat gorgeous tak bagi.. Dia suruh bersabar sampai akhir thn ni.. Aku mungkin akan cuba terima cadangan dia dan mungkin juga tidak.. Argghhh!!.. Ada sesiapa boleh tolong aku membuat keputusan yang begitu sukar ni??.. Poyo je kan.. hurm...
Sebenarnya alkisahnya bermula begini.. last two fridays, aku dan Fatin yang cantik lagi bergaya terpaksa pergi jumpa client utk beliau buat payment for air ticket.. then kitorang balik office lambat atas sebab2 tertentu.. Sepatutnya that day aku ada meeting dengan top management.. tapi apakan daya, semuanya dah berlaku dan diorang meeting tanpa aku dan fatin.. Sekembalinya kitorang ke office tercinta, our GM panggil.. dia nak bincang pasal report.. Then settle hal tu.. Tetiba je dia bagi satu berita yang membuat aku jadi impak maksima lalu terkesima.. why this happen to me??.. Our manager complain about me and fatin to GM.. so.. aku tak boleh nak cakap apa.. aku sakit hati sangat.. Perlu ke dia complain kat GM.. Kalau dia tu professional sgt, sepatutnya bincang je la ngan kitorg.. Tak perlu kot nak complain kat GM.. Ni senarai beberapa perkara yg dia complain :
1. Kitorang tak buat kerja..
2. Kitorang tak follow up kerja
3. Kitorang childish..
4. Kitorang online je
5. Kitorang tak professional
6. tak respect dia sebagai manager
dll
So.. aku rasa panas je kan... Bengang sangat2.. Dah la tu macam la dia tu betul sangat.. Annoying tahu tak?.. Okay.. aku pun buat keputusan utk resign.. aku dah tak tahan nak bekerja dengan manager yg mcm ni.. My sis pun bagi sokongan moral.. Aku ni rapat la dengan MD.. So hari rabu dia masuk office.. aku lebih selesa dengan dia.. Aku beranikan diri bagi surat resign kat dia.. Dia tanya apa ni??.. Bila dia bukak je.. dia terkejut.. dan terus tanya "Why, Effa, Awak tak boleh kerja dengan sape kat sini?".. Terdiam la aku masa tu... At first, aku nak bagi alasan yg aku nak cari kerja dekat shah alam.. senang sikit transport.. but suddenly dah dia tanya macam tu.. aku pun cerita la pasal manager aku yang annoying tu.. Then, MD cakap "ambik balik surat resign ni.. buang jauh-jauh.. fikir dulu.. Kat sini tak de siapa pun unhappy kerja dengan awak.. Jangan sebabkan dia sorang, awak nak berhenti.. sabar dulu k"..
Aku pun okay je la.. and keesokan harinya, hari khamis tu awal2 manager tu duk kat depan meja aku.. aku kehairanan.. hatiku berbisik.. "Apa dia nak ni??".. So, aku terus la cakap yang aku tgh susun invoice.. Suddenly dia cakap.. "Effa, nak tanya sesuatu boleh.. Jujur tau".. Aku pun iyakan saja.. Rupanya dia cakap MD call dia last night.. Dia cakap la betul ke awak nak resign.. depan public dia ckp cm tu.. semua org tgk aku.. damn!!.. adakah anda seorang yang professional??.. Sepatutnya panggil la masuk bilik dia kan.. bincang pasal tu.. boleh plak dia tanya betul2 depan meja aku and semua org tahu.. pandai betul kan... and suddenly dia boleh tanya bila awak nak bagi surat resign tu balik??.. aduyai.. perlu ke??.. rasanya dia bengang sebab aku complain pasal dia kat MD.. SO WHAT??.. ko boleh complain pasal kitorang kat GM.. why not aku pun complain pasal kau???
Untuk pengetahuan korang.. ni apa aku complain pasal dia.. actually aku reply apa yang dia complain pasal kitorang...
1. Kitorang tak buat kerja.. - Dia pun sama juga.. hisap rokok je kan.. tak tahu la apa dia buat kat dalam office tu...
2. Kitorang tak follow up kerja - kalau tak follow up kerja, hari2 dia tanya kitorang, yg kitorang boleh jawab tu apa pula??
3. Kitorang childish.. - Dia pun sama juga.. banyak main kot.. boleh plak gelak2 kan...
4. Kitorang online je - Dia pun sama juga.. boleh plak dia online tagged..
5. Kitorang tak professional - Dia tu professional ke kalau terus complain pasal kitorang kat top management.. kitorg xde pun nak complain pasal dia
6. tak respect dia sebagai manager - dia pun tak respect kitorang as his staff.. ada ke patut buli.. suruh beli rokok la.. tapau makanan la.. tak patut kan??
Itu je la.. Yang pasti aku kena fikir betul2 nak resign ke tak.. memang sekarang ni aku keliru & terkaku!!.. :)
xoxo,
:: Effa CuRio ::