Hi Bloggers!!~.. Thanks for visiting my blog.. I hope you have a great day!!~.. xoxo, Effa CuRio

♥ Adorable Followers ♥

Thursday, May 23, 2013

Goodbye! You will be missed!

Assalamualaikum & Hye!!~

Last week, 13 May 2013 one of my best friend whatsapp me. Below are our conversations :

Dia : "Awak"
Me: "Ya, saya"
Dia: "Lyn.. Kat wad kecemasan hospital seremban! Mak dia baru call, menangis.. Lyn tak sedar diri.. pengsan"

Aku terkejut dan tak percaya.. Kenapa dia masuk hospital Seremban? Jauh tu. So aku dgn kwn baik aku yang bernama Umi ni berbincang nak melawat kawan baik kitorang tu. Tak sampai setengah jam berbincang... My phone ringing.. Incoming call from Umi? Aku terus angkat.. Aku ingat dia nak cakap macam mana nak pergi sana keesokan harinya tapi... Ni yang dia cakap kat aku..

Dia : "AWAKKKKKKK! Lyn dah tak ada"

Tersentak. Terdiam. Terkaku..

Lama aku mendiamkan diri.. Aku boleh tanya balik kat Umi betul ke tidak apa yang aku dengar tu. Umi cakap betul la dan aku minta num phone mak Lyn. Aku msg kakak dia dan kakak dia mengesahkan pemergiaannya.. Innalillahi wa inna ilahi raji'un.. Al-Fatihah. 

Pagi 14 May 2013, Aku ambil EL. Aku bersama Umi dan Sarah ke Mantin, Negeri Sembilan utk menziarah arwah dan family. Pagi tu aku naik train utk ke rumah Umi. Aku tidak mengalirkan air mata langsung walaupun aku sangat sedih sehinggalah aku dapat tweet dari kakak aku yang suruh aku bertabah. Air mata membasahi pipi ini di dalam train. Orang ramai tgk aku pelik je. Huhuhu..

Kakak dia cakap pengebumian lepas zohor. Kitorang sampai sana sebelum zohor tapi.. Arwah sudah selamat dikebumikan. Kitorang sebagai kawan baik dia tidak berkesempatan utk melihat wajahnya buat kali terakhir. Aku, Umi dan Sarah menziarahi pusaranya.. Lepas tu, kitorang ke rumah kakaknya untuk berjumpa dengan mak arwah. 

Family dia ada bertanya kepada aku dan Umi sama ada kitorang tahu password Tab Lyn. Kitorang jawab kitorang tahu. Kitorang buka Tab arwah dan terjumpa sesuatu.. Note dari arwah..

Lirik lagu Too Phat tapi arwah ada edit di akhir note tersebut..



Arwah tulis note ni pada 13 April 2013 dan sebulan selepas itu, dia pergi buat selamanya..
Aku teringin nak baca diary arwah..

Mak dia menceritakan apa yang terjadi pada arwah sebelum meninggal. Macam² permintaan arwah. Petang tu, dalam pukul 3 ptg, kami meminta izin utk pulang dari mak dan family arwah. Mak arwah sempat berpesan pada kitorang "Effa dengan Umi kan rapat dengan Lyn. Walaupun Lyn dah tak ada, jangan lupa jenguk² la makcik" Aku tersentak lagi.. 

Aku bersalaman dan berpelukan dengan mak arwah. Aku cakap kat mak arwah "InsyaAllah, saya akan datang jenguk makcik nanti"

Arwah sangat rapat dan anak yang paling rapat dengan maknya. Mak dia tak lalu nak makan semua bila teringat dekat arwah. Aku kesian tgk mak dia. :(

****************************************
15 May 2013

Pagi² lagi.. Bila sampai office, aku terus tukar profile picture arwah dekat facebook dan twitter. Aku dan Umi ada password arwah. Malangnya arwah dah tukar password yang baru. Aku dan Umi reset password lain.. Aku delete semua picture arwah di facebook. Pada mulanya, aku dan Umi tak nak delete account facebook arwah memandangkan ramai kawan dia yang nak jadikan profile tu sebangai kenangan,. Tetapi, atas permintaan family arwah, Aku sudah delete account facebook, twitter dan instagram arwah.

Aku ada terjumpa conversation aku dgn arwah di twitter seminggu sebelum dia meninggal. Sudah ada petanda yang mengatakan dia akan pergi tapi aku tak perasan..



Ayat beliau ... "rase nak mati pun ada nie.."
Aku ingat beliau hanya bergurau macam selalu..



Aku sempat la bergurau dengan dia seperti di bawah..



Tweet utk dijadikan kenangan..


Aku masih tak percaya yang dia sudah tiada. Almaklum la kitorang sangat rapat walaupun selalu gaduh manja. Aku dengan dia selalu pergi konsert sama². Ada dua Tshirt kitorang yang sama. Kalau aku pakai Tshirt tu pasti teringat dekat arwah. Makan mcd pun teringat dekat arwah sebab arwah suka mcd.. Masuk bilik sendiri pun teringat dekat arwah sebab arwah pernah stay dekat bilik tu.. Aku last jumpa arwah masa Twin Towers Alive 2013.. Hari sabtu, 23 March.. Mengikut plan asal, aku memang tak pergi pun pada hari tersebut tapi bila arwah text mengatakan bahawa kawan dia dah tinggalkan dia sorang² kat sana dan dia semput pula masa tu, aku minta permission mama utk pergi sana dan akhirnya aku ke sana utk menemankan beliau.  Apa² pun aku harus redha dengan permergiaannya. Arwah meninggal sebab sesak nafas..

To arwah :
I will always pray for you. Semoga you tenang di sana. Semoga you ditempatkan di kalangan orang yang beriman. InsyaAllah. Amin!


Rest in peace!
Al-Fatihah
Noorhazlinda Binti Harun
Lahir : 20 October 1987
Kembali ke rahmatullah pada 13 May 2013


I sit around and wonder,
and watch the days go by.
I look at all the pictures,
and ask, why did you have to die?

You've always been there for me,
because you were my best friend,
and I was always there for you
until the very end.

But now it's time to let you go,
your spirit now is free.
Even though you won't really be gone,
because you'll live inside of me.

So when we have to leave you
at your resting place,
I will always remember
your smiling, beautiful face.

This is hardly a goodbye,
so I won't weep anymore,
because now you're in better place
then you ever were before.

Even though that I will miss you,
and I'll think about you everyday
you'll always be my best friend,
and that's all I have to say.

By Staci J. Selke


xoxo,
:: Effa CuRio ::

8 comments:

Mr.Superman said...

sedihnya da akhir2 tu :'( kuatkn hati effa.

p/s: abg stalker tkr url.

Salina@IbuAqil said...

Akak menangis..
Siyes!!
Seolah2 rasa tu dkt sgt..
Salam takziah bt keluarga arwah..
Alfatihah bt arwah..
Kadang kita x sedar makin lama masa tu makin singkat..
Dik, bertabah yer..
TC dear..

eB said...

alfatihah buat arwah.
smoga arwah ditempatkan dikalangan kekasih2NYA....
aminnnnnnnnnnnnnn

Effa CuRio said...

@Mr.Superman : Terima kasih abg stalker. InsyaAllah kuat ni :)

Effa CuRio said...

@Salina@IbuAqil : Terima kasih akak. Saya cuba dan akan bertabah supaya arwah tenang di sana :)

Effa CuRio said...

@eB : Amin!! Thanks along :)

::NureeN:: said...

nureen tersentap...
sedih baca n3 effa..
takziah buat keluarga arwah
moga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. amin... Al-Fatihah..

effa, juz nak tau, arwah sakit apa ya? sbb sesak nafas mlm tue ka?

Effa CuRio said...

@::NureeN:: : HuHu. Orang yang baca pun sedih, inikan kita pula yang merasai kehilangannya. Thanks kak nureen :)

Yup, dia ada sakit lain juga but meninggal sebab sesak nafas tu..