Assalamualaikum wbt & Hye!!~
Hari ni pagi-pagi lagi dah rasa sayu je.. huhuhu.. sedih pun ade.. Teringat dekat arwah.. Teringat detik-detik terakhir beliau semasa di hospital..
memang sedih sangat.. :(
Sebenarnya hari ni bersamaan 28 september 2011, genaplah tiga tahun beliau meninggalkan kami sekeluarga.. Cepat je masa berlalu.. Rasa baru semalam jumpa beliau di hospital.. Tapi itu hanyalah mimpi.. Kenyataannya mmg sudah tiga tahun beliau pergi dan tidak akan kembali..
Abah,
Sememangnya adik tidak begitu rapat dengan abah..
Dan adik kurang berkomunikasi dgn abah..
Abah tanya sepatah, adik jawab sepatah..
Sedangkan adik ni mmg byk bercakap..
Maafkan adik..
Abah,
Adik banyak buat salah..
Membenci abah selama abah hidup..
Berdendam dengan abah..
Tapi itu dulu..
Sekarang, adik dah lupakan semua itu..
Maafkan salah silap adik..
Halalkan semua makan dan minum adik selama ni..
Terima kasih untuk segalanya..
Abah,
Adik selalu mendoakan abah..
Semoga Abah ditempatkan bersama orang yang beriman..
Adik berharap abah baik-baik sahaja di sana..
Jaga diri baik-baik..
Adik rindu abah..
Adik sayang abah..
&
Abah, Ingatlah bahawa..
Kita satu family mesti akan berkumpul lagi di sana..
Al-Fatihah!!~
P/s: Buat semua yang baca entry ni, sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah saya.. Terima kasih semua..
Siapa ade twitter??.. jom la follow.. i'll follow u back!!~
xoxo,
:: Effa CuRio ::