Hi Bloggers!!~.. Thanks for visiting my blog.. I hope you have a great day!!~.. xoxo, Effa CuRio

♥ Adorable Followers ♥

Monday, January 7, 2013

Someone gone! I need you~

Assalamualaikum wbt & Hye!~

Tengok tajuk entry ni korang mesti dapat agak yang aku tengah sedih kan? Aku perlukan seseorang. Aku perlukan dia.. Dia saja yang faham aku dan aku sangat selesa menceritakan segalanya pada dia. Dia pemberi semangat kepadaku di saat aku sedih dan kecewa.


Namun.. kini, semuanya tidak akan seperti dulu lagi. Dia harus pergi tinggalkan aku. Walaupun aku tahu sangat sukar buat dia.. dan sangat sukar buat aku juga.. Cuba korang bayangkan macam mana korang nak teruskan hidup tanpa orang yang begitu rapat dengan korang. Orang yang selalu memberi kata semangat. Orang yang sentiasa ada di kala korang susah dan senang. Layan korang dengan sangat baik.. Orang yang selalu buat korang happy dan ketawa..

Tup tup.. Semuanya hilang sekelip mata. 
Masihkah korang kuat untuk meneruskan kehidupan seharian seperti sedia kala tanpa dia? Mampukah korang untuk terus tersenyum? Mampukah korang untuk gembira? Bagi aku.. Ianya sangat sukar. Aku ingin menghalang dia dari pergi tapi dia sangat berkeras untuk pergi atas alasan yang munsabah.. Aku terpaksa turutkan saja demi kebaikan dia.. dan.. demi kebaikan aku? Hmm.. Mungkin tidak untuk kebaikan aku.. 

Ini kali kedua aku kehilangan seseorang yang sangat rapat dengan aku. First, Si Fatin. Kalau korang ada baca pasal Fatin. Tapi aku masih berhubung dengan Fatin walaupun tidak selalu. Kini, dia pula pergi dan takkan kembali. Dia tak mahu aku berhubung dengannya lagi. Tiada lagi morning and good night wish. Tiada lagi tempat untuk menceritakan segalanya dan tiada lagi pendengar setia.. Tiada lagi tempat mengadu. Tiada lagi gurauan gila bersama. Tiada lagi kata-kata semangat untuk aku ketika sedih dan tension.. Tiada lagi orang berikan nasihat.. Tiada lagi orang yang selalu paksa aku untuk makan. Tiada lagi semuanya.. Aku terpaksa akur walaupun aku rindu.. 

Korang tahu tak yang aku tak boleh la terus² macam ni.. Aku rasa lain macam bila dia dah tiada. RINDU.. Rasa kekok. Tiada lagi perasaan gembira. Dia fikir dengan dia buat keputusan begini, aku semakin happy. Tapi dia tak tahu yang aku tak happy pun. Aku juga tahu dia tak happy. Dua² sedih.. Tapi mungkinkah ini jalan yang terbaik? Aku pun tak pasti.. Yang aku harapkan cuma satu.. Dia kembali seperti dulu.. I NEED YOU~

Kini, ku rasakan kehilangan. Ku sedar betapa pentingnya kau di sisi.. yang selalu ada.. Yang selalu rindu terhadap diriku.. 

Ke manakah hilangnya janji-janji awak? Awak cakap awak akan selalu ada dengan saya dan selalu ada di saat saya perlukan awak.. tapi awak dah pergi jauh.. Hmmm


"If you know me all so well, you know I haven't been so well"

"I get the point that I should leave you but we both know, I'm not that strong"

Last but not least.. 
"I miss us. And I don't mean us being together, I mean I miss us being so close and telling each other everything :(


xoxo,
:: Effa CuRio ::

2 comments:

unknownname said...

be strong lah my dear. Mmg lah kita tak boleh nak hidup without orng yg kita syg tuh. but manusia dijadikan untuk berdikari kan? be strong. evrything wil be ok after this. :D

Effa CuRio said...

@Alysha Syahirah : yup, I know and I'll try to be strong.. But.. rasa lain macam je.. huhuhuhu.. Thanks Nami.. Love you :)