Hi Bloggers!!~.. Thanks for visiting my blog.. I hope you have a great day!!~.. xoxo, Effa CuRio

♥ Adorable Followers ♥

Thursday, August 9, 2012

We Miss You!!~

Assalamualaikum wbt & Hye!!~

Minggu lepas, hari Sabtu dan Ahad misi ziarah kubur.. huhuhu. Almaklum la kan raya tak balik kampung. Awal pagi Sabtu tu dah balik Taiping. Taiping ni kampung mama. Sampai sana dalam pukul 2 lebih. Sampai je sana, aku dan family terus je ke Tanah Perkuburan Assam Kumbang. Menziarah kubur arwah opah; mak mama.. Aku, mama dan kakak-kakak bersihkan pusara opah. Bagi cantik sikit.. Lepas tu, kitorang ke Tanah Perkuburan Kampung Jambu sampai sesat larat la sebab kawasan situ dah lain. huhuhu..

Sampai je Tanah Perkuburan Kampung Jambu tu aku rasa seram je. Sebab kawasan situ macam tak terjaga. semak sangat. sampaikan lama la aku, mama dan kakak cari pusara atuk; ayah mama tu.. Dengan keadaan pusara di situ yang tak teratur lagi.. Akhirnya jumpa juga. Siap kakak aku nampak kulit ular lagi. huhuhu.. memang semak la. kitorang bersihkan sikit pusara atuk tu.. Kemudian kitorang ke rumah makcik abang ipar untuk menumpang tidur dan berbuka..

Layanan yang diberi oleh makcik abang ipar ni memang terbaik la..  Siap masakkan banyak lauk untuk berbuka. sedap pula tu. huhuhu. Ada ikan siakap and ketam. Yummy.. Waktu sahur pula dia masak sambal udang. Teringat la sampai sekarang. hehehe.. Okay, out of topic dah ni..

Pagi Ahad, kitorang bertolak dari Taiping ke Ipoh, my hometown dalam pukul 9 pagi.. Sampai Ipoh 10 lebih. sampai Ipoh je, kitorang menuju ke Tanah Perkuburan Gurap. Ziarah pusara Abah.. Kitorang bersihkan pusara Abah.. Kitorang baca Surah Yassin and sedekahkan Al-Fatihah buat abah.. untuk opah and atuk pun kitorang baca juga :) 

Ni la yang sebelum dan selepas dibersihkan pusara Abah =)

Abah, we all miss you. Hope abah baik baik saja di sana.. Semoga Abah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.. Adik selalu doakan abah.. Abah tahukan even kita berdua tiada kenangan yang terindah, mulut kata benci Abah but hati kata sayang Abah.. 

Al-Fatihah
Mustafa Bakri Bin Mohammad Salleh
Lahir : 22 September 1952
Kembali ke rahmatullah pada 28 Ramadhan 1429
bersamaan
28 September 2008

Abah pergi 2 hari sebelum Raya and setiap kali nak raya, mesti rasa sedih je :(

xoxo,
:: Effa CuRio ::