Hi Bloggers!!~.. Thanks for visiting my blog.. I hope you have a great day!!~.. xoxo, Effa CuRio

♥ Adorable Followers ♥

Wednesday, December 5, 2012

SURPRISE FOR ME!!~

Assalamualaikum & Hye!!~

Last week ada la seorang kawan ni bertanya kepadaku..

Dia : You, hari Isnin ni cuti ke?
Aku : Cuti apa hari Isnin? Mana ada cuti apa-apa kan?
Dia : Mmg la tade, saja je tanya..


Musykil juga la masa tu kan.. Aku siap check ada cuti apa. Ternyata mmg tiada cuti apa pun hari Isnin bersamaan 3 Disember melainkan cuti sekolah.. So, aku abaikan je la.. hahahaha

Then, hari Jumaat tu aku cakap kat dia yang aku nak apply cuti hari Isnin.. Sebab kalau hari Isnin je mesti malas nak bangun pergi kerja.. Semuanya gara² hari Ahad keluar sampai penat kan.. hehehehe.. Alasan tak munasabah betul.. Tapi bila bagitahu dia macam tu, dia bermati-matian tak bagi aku cuti kot.. Kata beliau "You nak cuti, cuti la hari Selasa.. Jangan hari Isnin" ... Ok, aku musykil lagi la dengan perangai dia ni kan.. So, aku cakap la kenapa tak boleh cuti hari Isnin tu.. nak buat surprise ke apa ni? Dia cakap tade apa².. Dia cuma cakap kalau aku cuti hari Isnin tu, aku akan menyesal.. Dia suruh aku tunggu je hari Isnin tu.. Hmmm.. Pelik kan? 

So, hari Isnin tu pun tiba.. 3 Disember 2012.. Sampai je office.. Ada orang call.. Aku tak sempat letak beg semua, terus pick up phone.. Orang tu dari mana entah.. tak dapat nak dengar sebab aku baru sampai and blur la kejap pagi² kan.. Orang tu just cakap dia nak buat penghantaran kat aku je.. Aku pun ok je la.. Malas nak tanya banyak²..

Around 10 am, ada orang hantar barang kat aku.. and aku terkejut sangat la.. terus officemate semua tanya hari tu birthday aku ke? termasuk bos pun tanya soalan yang sama.. hahahaha.. Birthday aku bulan depan la.. Hmmmm..

So, ni la yang aku dapat.. Thank you so much my dear friend :)


So dalam kad tu, tertera begini :-

To : Effa CuRio
Happy Year End Nenek.  Hahahaha.. 
Let's hope for a great new year and enjoy our December
From : ????

Dia ni mmg suka panggil aku nenek kan.. Jahat betul.. But thank you so much my dear friend/sifu/doctor/cikgu.. heeeee.. Dia ni banyak tahu pasal aku and dia buat surprise ni pun nak buat aku happy je.. Terharu kot


Habis dah kisahnya.. But sekarang ni dia tengah marah kat aku.. Hmmm..
Aku tahu la aku salah sebab tak jawab soalan dia tu tapi aku tak tahu nak jawab apa untuk soalan dia tu.. Now, I'm really sad.. If you read this entry.. I'm so sorry.. Harap sudi maafkan.. Jangan la marah lama² sebab nanti tade kawan dah nak gaduh or buat aku happy :(
Dia ada cakap yang dia tak marah tapi cara respond tu macam marah je..


xoxo,
:: Effa CuRio ::

Monday, November 12, 2012

New Born Niece !!~

Assalamualaikum wbt & Hye!!~

Tanggal 9 Nov 2012, saya dapat anak buah baru..
Geram sangat tengok baby.. Comel je..
but dia kecik sangat.. takut nak pegang.. hehehe..
Tapi semalam sempat juga dukung dia even takut nak pegang lama².. =)

Anyway, welcome to the family, baby girl..

Aericadania


Day 2 - Hospital Putrajaya


Hope abang dia yang warded boleh keluar ward secepat mungkin.. InsyaAllah

Till then..

xoxo,
:: Effa CuRio ::

Thursday, October 4, 2012

KELIRU

Assalamualaikum wbt & Hye~

Untuk kesekian kalinya, kini aku tiada kawan lagi. Semua kawan yang ada semakin menjauh.. Aku kesepian. Keseorangan. Kenapa semuanya pasti akan berakhir begini? Kenapa? Kenapa? dan kenapa? Setiap kali aku punya kawan baru dan menjadi rapat, pastinya akan berakhir dengan perpisahan. Mereka cuba mengelak dari aku.. Aku tidak mengerti. Tidak pasti. Adakah aku yang bersalah? Atau aku tidak layak berkawan dengan mereka?

YA! Itulah jawapannya. Aku tidak layak berkawan dengan sesiapa pun. Aku bukan kawan yang baik. Aku seorang kawan yang jahat. tapi sedarkah mereka yang aku telah cuba jadi seorang kawan yang baik? Masih tidak cukup baikkah aku pada pandangan mereka? Dan perlukah aku saja yang mengalah? Aku saja yang perlu menjaga perasaan mereka? Tidak fikirkah mereka tentang perasaan aku? Arghh!! mana mungkin mereka mengerti..

Aku juga inginkan kawan yang baik. Aku tahu tidak patut untuk mengharapkan balasan jika berbuat baik pada seseorang tapi...... Aku cuma perlu seorang kawan yang baik di kala aku susah dan senang. Dan baru kini aku sedar dari mimpi, yang kita tak mungkin ada kawan seperti itu. Mungkin ada tapi susah nak dapat kawan seperti itu..

Kata-kata ini sering bermain di mindaku "Effa, kau harus kuat. Di dunia ni memang tiada kawan yang akan selamanya ada bersama kita. Mungkin suatu hari nanti mereka akan pergi dan tidak akan kembali." Ya, aku tahu semua itu. Aku tidak pertikaikan hal itu. Aku cuma pertikaikan kawan yang masih ada di sekeliling aku. Mengapa mereka sanggup buat aku macam ni? Bukan senang kita nak percayakan seseorang dan bukan senang kita nak berkawan dengan orang dan menjadi rapat. Betul kan?

Kepada kawan-kawanku, sehingga kini aku masih tidak mengerti kenapa persahabatan dan perhubungan kita akan berakhir seperti ini. Aku hanya mampu doakan kalian sentiasa bahagia tanpa aku dalam hidup kalian. Aku faham yang aku tidak layak punya kawan. Aku faham aku tidak mampu untuk menjadi kawan yang baik.



Aku harus memotivasikan diri sendiri. Mulai hari ini, aku akan pastikan aku tidak akan begitu rapat dengan seseorang.. Ianya menyakitkan apabila kawan yang kita rapat pergi meninggalkan kita. Pergi begitu saja tanpa khabar berita. Aku tidak kisah jika mereka mahu membawa diri tetapi sekurang-kurangnya beritahu jika aku ada buat salah. Janganlah terus senyapkan diri. Dan disebabkan itu, hari demi hari aku akan menyalahkan diri sendiri. Dan mulai hari ni juga aku harus terima kenyataan yang bukan semua orang akan suka dengan kita walaupun kita sudah buat baik dengan mereka.

Walau bagaimanapun, aku tetap gembira pernah ada kawan macam mereka kerana ianya mengajar aku untuk lebih berhati-hati memilih kawan selepas ini. Dan aku juga gembira ada family yang sentiasa ada di sisi aku. Tanpa mereka, sudah pasti aku tidak akan kuat seperti sekarang ini. Terima kasih keluarga tersayang. Aku sayang kamu semua :)

xoxo,
:: Effa CuRio ::

Impian Mampu - Abg Stalker

Assalamualaikum wbt & Hye~

Hari ni nak join contest abang kita yang kacak lagi bergaya, siapa lagi kalau bukan Abang Stalker.. hehehehe


IMPIAN SAYA ADALAH menjadi seorang penulis novel yang berjaya seperti Ahadiat Akashah. Ini kerana saya suka dengan hasil karya beliau dan mendorong untuk saya mencuba menyiapkan novel saya. Doakan kejayaan saya.

Nak join tak?? Setiap penyertaan bersamaan RM 1 akan didermakan ke rumah anak-anak yatim dan miskin. Jom support!! Klik banner di bawah


Blogger yang di -tag
1. iQa
2. Afifa
3. Nami

EXPIRED DATE : 30 NOVEMBER 2012

xoxo,
:: Effa CuRio ::